Wednesday, January 26, 2011

Sekalung Tahniah buat Kontinjen JKSPk

     JOHAN KESELURUHAN SMS1                                              
                                                                                 

Tahniah... Tahniah.... Tahniah
Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua atlit JKSPk yang gigih dan berkomitmen mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Begitu juga kepada Y.A.A Dato Ketua Hakim Syarie yang memberikan sokongan dan komitmen sepenuhnya bagi atlit2 JKSPk mengadakan sesi latihan dan perlawanan persahabatan serta tidak dilupakan BAKMAS selaku urusetia yang tidak berbelah bagi merealisasikan perjalanan SMS1 lancar dan penuh gaya. Dikiesempatan ini juga JKSPk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak melalui Pejabat Kewangannya yang meluluskan peruntukan untuk kontinjen JKSPk beraksi…. Dan inilah hasilnya….

Ternyata latihan demi latihan yang dibuat serta perlawanan persahabatan hampir 2 bulan sungguh berbaloi dengan 3 pingat emas didalam genggaman serta 1 pingat perak direbut dengan penuh kesungguhan. 3 emas yang dihasilkan merupakan 3 sukan sasaran yang telah ditetapkan jabatan oleh kerana konsistensi pasukan2 ini tidak pernah mengecewakan sejak tahun 2007 lagi. Bola Tampar selaku juara bertahan zon utara sejak 2007 tidak melalui sebarang masalah untuk merangkul kejuaraan SMS1. Skuad Bola tampar JKSPk, dibarisi pemain2 berbakat yg segelintirnya mewakili MAKSAK Perak, bermain utk jabatan2 lain sebagai pemain jemputan dan sering mengikuti kejohanan2 sampingan menjadi prospek utama emas JKSPk.


Skuad Ping Pong JKSPk juga tampak begitu gah dengan prestasi luar jangka dalam apa jua pertandingan yang disertai. Melalui pencapaian naib juara zon utara, skuad ini bersilih ganti dengan wajah2 baru atlitnya yang agak ramai pilihan utk menganggotai skuad ini telah muncul juara Pert ping pong antara jabatan2 di Perak 2010. SMS1 merupakan kemuncak prestasi skuad ini membenamkan cabaran lawan tanpa ihsan dengan memberikan emas sulung JKSPk untuk SMS1.


Skuad Futsal JKSPk juga seperti yang dijangka tidak menghadapi sebarang masalah untuk memberikan emas kepada JKSPk dengan beberapa pencapaian yang mengujakan sebelum berentap di SMS1. Skuad ini juga dibentuk sejak 2007 dengan pilihan pemain berbakat yang lebih daripada yang dijangkakan. Saringan demi saringan dilakukan maka yang terbaik dari yang baik2 dipilih untuk cabaran kali ini. Sama seperti pasukan JKSPk yang lain, Skuad Futsal datang ke Terengganu dengan pencapaian terbaik sebelum ini apabila menjadi finalis Zon Utara, finalis Futsal jabatan2 Negeri Perak seterusnya Juara Futsal SMS1 2010.

Skuad badminton JKSPk pula kali ini muncul dengan perwatakan sebenar sebagai pasukan "underdog" yang digeruni. Cabaran2 getir yang dilalui dipatahkan dengan kegigihan dan kesabaran yang tinggi untuk melangkah selangkah demi langkah ke final Badminton SMS1. Terpalit dengan kekurangan atlit, ianya tidak menjadi sebarang masalah besar untuk team badminton berjuang hingga ke akhirnya dan cabaran kali ini team badminton JKSPk mampu memperolehi Perak dengan jayanya walaupun skuad ini masih mempunyai beberapa atlit berbakat yang terlibat dengan acara lain... nantika perwatakan sebenar skuad ini di SMS2 nanti..

Secara keseluruhan kontinjen JKSPk telah memberikan persembahan terpuji yang menakjubkan apabila semua acara yang disertai layak ke peringkat suku akhir dan separuh akhir. Pasukan Dart JKSPk tewas diseparuh akhir apabila pemain utamanya tidak beraksi kerana terlibat dengan acara yang lain. Sekiranya pemain utama beraksi, insyaallah sebutir pingat lagi mampu dihasilkan... walau bagaimanapun team waja ini telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan untuk terus memberikan tentangan kepada pihak lawan. begitu juga dengan skuad bola jaring, aksi mereka wajar dipuji dengan layaknya mereka ke suku akhir. Skuad yang bergelut dengan kekurangan pemain ini juga sebenarnya merupakan skuad yang baru ditubuhkan sempena SMS1 ini. Insyaallah dari semasa kesemasa JKSPk yakin bahawa skuad ini juga akan tampil dengan perwatakan sebenarnya. Latihan demi latihan selama 2 bulan memberikan keyakinan kepada atlit bola jaring JKSPk menangkis asakan lawan. Namun nasib kurang menyebelahi mereka apabila tewas tipis kepada Sang Juara SMS1 Bola Jaring… Insyaallah SMS2 akan kembali menemui kita… dan JKSPk akan pastikan pencapaian ini tidak statik malah terus cemerlang, gemilang dan terbilang… JKSPk Boleh!!!



T
                            

Bil
Acara
Pemenang
1
Badminton
Emas : Pulau Pinang
Perak : Perak
Gangsa : JKSM

2
Bola Tampar
Emas : Perak
Perak : Terengganu
Gangsa : Selangor

3
Ping Pong
Emas : Perak
Perak : Pulau Pinang
Gangsa : Wilayah Persekutuan

4
Futsal
Emas  : Perak
Perak : Selangor
Gangsa : Sabah

5
Bola Jaring
Emas  : JKSM
Perak : Johor
Gangsa : Kedah

6
Dart
Emas  : Kelantan
Perak :Terengganu
Gangsa : Negeri Sembilan

7
Menembak
Emas  : Johor
Perak : Wilayah Persekutuan
Gangsa : Pulau Pinang