Tuesday, February 15, 2011

5S Serlahkan Daya Kreativiti dan Idea...

Sepanjang auditan 5S oleh pihak MAMPU yang berlangsung pada 8 hingga 11 Febuari 2011 lalu, suasana dalaman dan luaran semua Mahkamah Syariah Seluruh Negeri Perak telah mengalami revolusi yang tampak menarik dan memberangsangkan. Kawasan persekitaran, ruangan pejabat, bilik2 kemudahan, dewan bicara dan sebagainya tampil kemas, bersih dan indah. setiap wargakerja di daerah mahupun di jabatan telah bersama2 menggembleng tenaga menyahut seruan dan cabaran Y.A.A Ketua Hakim Syarie bagi merealisasikan hasrat pengamalan persekitaran berkualiti. cabaran ini disambut baik oleh semua yang terlibat dan dari masa ke semasa setiap Mahkamah mula bergerak pantas menampilkan sesuatu yang menarik dan disenangi oleh pelanggan2 yang berurusan. Berikut adalah cebisan kenangan sepanjang audit dijalankan..

Bilik Syura MRS Tapah (Zamrud)

Ruang Kerja MRS Tapah 

Sudut 5S Zon Emas MRS T.Intan 

Ruangan menunggu Zon Emas 

Antara contoh terbaik carta perbatuan yang lengkap 

Sistem Fail yang efisen kreativiti dr Zon Aked Yaman 

Pergerakan pegawai lain dari yang lain 

Kreativiti laci individu Zon Aked Yaman MRS Seri Iskandar 

 Sekali lagi Aked Yaman dengan idea tersendiri

 Ruangan kerja Zon Berlian MRS Seri Manjung

 Sudut info setiap sub zon

 Gambar2 perlaksanaan Sistem 5S sebelum dan Selepas

 Setaip Zon menampilkan idea yang tersendiri untuk ruangan Sudut 5S

 Contoh Bilik Polis yang menarik sentuhan dari Zon Baiduri Laut MRS Kuala Kangsar

 Lagi idea ditampilkan...

 Ruangan kaunter yang kemas dan tersusun

 Sudut 5S MRS Gerik

 Kesungguhan... walaupun barang lama, tapi tetap cantik

 Ruangan rehat Zon Kristal..

 MRS Taiping... Dewan Bicara yang bersih dan selesa

 Contoh info sub zon dari MRS Taiping

 Disaat2 akhir, sudut info dibekalkan dengan maklumat terkini

 Masa yang terluang dimanfaatkan sepenuhnya untuk penambahbaikan dari masa ke semasa

 Meja individu dengan sentuhan kreatif

Sudut 5S sentiasa menjadi perhatian utama auditor 

Fail Induk dan fail2 yang berkaitan hendaklah sentiasa dikemaskini

Sunday, February 13, 2011

Sekitar Auditan 5S di MRS Tapah...


Pada 7 Febuari 2011 lalu MRS Tapah telah diaudit oleh pihak MAMPU bagi Persekitaran Berkualiti 5S. Tuan Hamzah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Akreditasi 5S MAMPU bertindak sebagai auditor telah memeriksa dan mengaudit seluruh persekitaran MRS Tapah dari kawasan persekitaran, ruangan kerja, dewan bicara, pantry, bilik fail, bilik mesyuarat dan keseluruhan persekitaran..

Alhamdulillah MRS Tapah menjadi Mahkamah pertama auditan dan telah lulus dengan jayanya. Terima kasih buat penyelaras 5S MRST iaitu En Mokhtar yg mempunyai komitmen tinggi dan semua staf yang bersemangat menjayakan, merealisasikan dan membantu satu sama lain demi mendapatkan perakuan bahawa MRS Tapah bersedia mengamalkan 5S secara total...


 Dewan Bicara yang bersih, tenang dan indah

Halaman MRS Tapah yg sentiasa dijaga rapi 

Sudut 5S yang mencakupi segala info dan aspek perlaksanaan 5S

Bilik Mesyuarat yang selesa dan dijaga rapi oleh pemiliknya

Ruangan kaunter untuk memudahkan pelanggang berurusan

Puan Izwani selaku Setiausaha 5S Zon Zamrud merangkap penyedia dokumen 5S MRS Tapah 

En Mokhtar selaku penyelaras yang memastikan Zon Zamrud berada dilandasan yang tepat untuk memperolehi Persijilan yang diidamkan 

Sistem Fail yang dikawal ketat dan kebolehcapaian fail2 MRS Tapah dibawah 30 saat 

Index, label dan sistem memudahkan pencarian fail

 Ruang kerja yang selesa, kemas dan ceria

Ruangan kerja yang simple dan kemas menambahkan lagi produktiviti 

 
Bilik fail diselia dengan pelbagai kaedah


Fail-fail yang menunggu masa utk dilupuskan...

Bilik mesyuarat mini sayap kanan Mahkamah Rendah 

 Laluan yang bersih dan pemandangan yang segar

 
Pelan setaip bilik dan wilayah disediakan bagi memudahkan orang ramai dan tenichian khasnya

 
Kreativiti & Idea jelas terserlah dengan perlaksanaan 5S  
  
  
 Persekitaran berkualiti menjadi keutamaan

Kebersihan dan kesederhanaan menjadi keutamaan MRS Tapah 

  
 Hijau merimbun menghiasi perkarangan MRS Tapah

 MRS Tapah bersedia menyahur seruan JKSPk...


Wednesday, January 26, 2011

Sekalung Tahniah buat Kontinjen JKSPk

     JOHAN KESELURUHAN SMS1                                              
                                                                                 

Tahniah... Tahniah.... Tahniah
Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua atlit JKSPk yang gigih dan berkomitmen mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Begitu juga kepada Y.A.A Dato Ketua Hakim Syarie yang memberikan sokongan dan komitmen sepenuhnya bagi atlit2 JKSPk mengadakan sesi latihan dan perlawanan persahabatan serta tidak dilupakan BAKMAS selaku urusetia yang tidak berbelah bagi merealisasikan perjalanan SMS1 lancar dan penuh gaya. Dikiesempatan ini juga JKSPk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak melalui Pejabat Kewangannya yang meluluskan peruntukan untuk kontinjen JKSPk beraksi…. Dan inilah hasilnya….

Ternyata latihan demi latihan yang dibuat serta perlawanan persahabatan hampir 2 bulan sungguh berbaloi dengan 3 pingat emas didalam genggaman serta 1 pingat perak direbut dengan penuh kesungguhan. 3 emas yang dihasilkan merupakan 3 sukan sasaran yang telah ditetapkan jabatan oleh kerana konsistensi pasukan2 ini tidak pernah mengecewakan sejak tahun 2007 lagi. Bola Tampar selaku juara bertahan zon utara sejak 2007 tidak melalui sebarang masalah untuk merangkul kejuaraan SMS1. Skuad Bola tampar JKSPk, dibarisi pemain2 berbakat yg segelintirnya mewakili MAKSAK Perak, bermain utk jabatan2 lain sebagai pemain jemputan dan sering mengikuti kejohanan2 sampingan menjadi prospek utama emas JKSPk.


Skuad Ping Pong JKSPk juga tampak begitu gah dengan prestasi luar jangka dalam apa jua pertandingan yang disertai. Melalui pencapaian naib juara zon utara, skuad ini bersilih ganti dengan wajah2 baru atlitnya yang agak ramai pilihan utk menganggotai skuad ini telah muncul juara Pert ping pong antara jabatan2 di Perak 2010. SMS1 merupakan kemuncak prestasi skuad ini membenamkan cabaran lawan tanpa ihsan dengan memberikan emas sulung JKSPk untuk SMS1.


Skuad Futsal JKSPk juga seperti yang dijangka tidak menghadapi sebarang masalah untuk memberikan emas kepada JKSPk dengan beberapa pencapaian yang mengujakan sebelum berentap di SMS1. Skuad ini juga dibentuk sejak 2007 dengan pilihan pemain berbakat yang lebih daripada yang dijangkakan. Saringan demi saringan dilakukan maka yang terbaik dari yang baik2 dipilih untuk cabaran kali ini. Sama seperti pasukan JKSPk yang lain, Skuad Futsal datang ke Terengganu dengan pencapaian terbaik sebelum ini apabila menjadi finalis Zon Utara, finalis Futsal jabatan2 Negeri Perak seterusnya Juara Futsal SMS1 2010.

Skuad badminton JKSPk pula kali ini muncul dengan perwatakan sebenar sebagai pasukan "underdog" yang digeruni. Cabaran2 getir yang dilalui dipatahkan dengan kegigihan dan kesabaran yang tinggi untuk melangkah selangkah demi langkah ke final Badminton SMS1. Terpalit dengan kekurangan atlit, ianya tidak menjadi sebarang masalah besar untuk team badminton berjuang hingga ke akhirnya dan cabaran kali ini team badminton JKSPk mampu memperolehi Perak dengan jayanya walaupun skuad ini masih mempunyai beberapa atlit berbakat yang terlibat dengan acara lain... nantika perwatakan sebenar skuad ini di SMS2 nanti..

Secara keseluruhan kontinjen JKSPk telah memberikan persembahan terpuji yang menakjubkan apabila semua acara yang disertai layak ke peringkat suku akhir dan separuh akhir. Pasukan Dart JKSPk tewas diseparuh akhir apabila pemain utamanya tidak beraksi kerana terlibat dengan acara yang lain. Sekiranya pemain utama beraksi, insyaallah sebutir pingat lagi mampu dihasilkan... walau bagaimanapun team waja ini telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan untuk terus memberikan tentangan kepada pihak lawan. begitu juga dengan skuad bola jaring, aksi mereka wajar dipuji dengan layaknya mereka ke suku akhir. Skuad yang bergelut dengan kekurangan pemain ini juga sebenarnya merupakan skuad yang baru ditubuhkan sempena SMS1 ini. Insyaallah dari semasa kesemasa JKSPk yakin bahawa skuad ini juga akan tampil dengan perwatakan sebenarnya. Latihan demi latihan selama 2 bulan memberikan keyakinan kepada atlit bola jaring JKSPk menangkis asakan lawan. Namun nasib kurang menyebelahi mereka apabila tewas tipis kepada Sang Juara SMS1 Bola Jaring… Insyaallah SMS2 akan kembali menemui kita… dan JKSPk akan pastikan pencapaian ini tidak statik malah terus cemerlang, gemilang dan terbilang… JKSPk Boleh!!!



T
                            

Bil
Acara
Pemenang
1
Badminton
Emas : Pulau Pinang
Perak : Perak
Gangsa : JKSM

2
Bola Tampar
Emas : Perak
Perak : Terengganu
Gangsa : Selangor

3
Ping Pong
Emas : Perak
Perak : Pulau Pinang
Gangsa : Wilayah Persekutuan

4
Futsal
Emas  : Perak
Perak : Selangor
Gangsa : Sabah

5
Bola Jaring
Emas  : JKSM
Perak : Johor
Gangsa : Kedah

6
Dart
Emas  : Kelantan
Perak :Terengganu
Gangsa : Negeri Sembilan

7
Menembak
Emas  : Johor
Perak : Wilayah Persekutuan
Gangsa : Pulau Pinang