Tuesday, July 26, 2011

Karnival Mahabbah.... Inspirasi Kejayaan JKSPk

Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal.

Untuk melakukan perkara yang “perlu” dibuat walaupun kita tidak “suka” membuatnya, menagih ketabahan, keberanian dan istiqamah (konsisten). Ini semua seolah-olah “menyeksa” diri sendiri. No pain, no gain – tidak ada “kesakitan”, tidak ada ganjaran. Berakit-rakit ke hulu, berenang-berang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Begitu yang dipesan sejak dulu. Justeru, untuk berjaya “mujahadah” itu adalah wajib.-PMJ

Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga atas limpahan kurnia dan rahmatNYA... perancangan yang ditempa, laluan yg diduga, ketabahan yang ditimba sekian lama akhirnya memberikan natijah yang tidak diduga. Berkat kerjasama berpasukan yang telah lahir sejak dahulu lagi menyaksikan satu kejayaan yang sangat bermakna kepada kami khasnya jawatankuasa pelaksana KARNIVAL MAHABBAH versi 1.0

tidak mampu diluahkan dengan kata-kata, hanya ilustrasi digital yg mampu membuka tafsiran erti sebuah perjuangan yang BERJAYA...Alhamdulillah... Terima kasih yang tidak terhingga buat semua barisan pelaksana yg gigih menyatukan idea dan tenaga, gabungan penaja yang mampu merealisasikan impian minda, penyatuan Jabatan-jabatan lain yg sudi menghulurkan jalinan kerjasama serta kepercayaan yang tidak berbelah bagi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak khasnya membolehkan kami mengatur dan melaksanakan perancangan berkualiti...

Berikut adalah gambar2 kenangan yg menjadi titik tolak JKSPk mampu menggugah kejayaan demi kejayaan selepas ini...nantikan



Monday, July 4, 2011

Majlis Perasmian Bangunan Mahkamah Rendah Syariah & Mahkamah Tinggi Syariah Tapah

Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga dipanjatkan dengan gahnya Bangunan Mahkamah Syariah Tapah telah sempurna dirasmikan oleh DYMM Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah. Majlis gilang gemilang yang telah berlangsung pada 28 Jun 2011 ini dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat seperti pemimpin-pemimpin negeri, ketua-ketua jabatan, Hakim-Hakim seluruh Negeri perak serta wargakerja JKSPk dan pelbagai lapisan masyarakat menyaksikan satu lagi catatan sejarah yang berlaku khasnya pencapaian Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak.

Semoga terbinanya bangunan Mahkamah Syariah Tapah ini, peranannya sebagai mercu tanda penyatuan dan pusat menimba pengetahuan di Daerah Batang Padang ini terlaksana malahan boleh dijadikan contoh sebagai pusat pentadbiran Berteraskan Syariah yang terkehadapan dengan pelbagai inisiatif memartabatkan Institusi Kehakiman Syariah yang profesional dan berwibawa.

Berikut adalah sisipan peristiwa semasa majlis Perasmian Bangunan Mahkamah Rendah Syariah & Mahkamah Tinggi Syariah Tapah

Menanti Keberangkatan Pemangku Raja Perak

YAA Dato Hj Muhammad Asri bersama Datin Khobibah yg ceria

Anggota PDRM mengiringi perjalanan DYMM

Kelihatan kenderaan DYMM menuju ke MRS Tapah... pemandangan dari MRS Tapah..

Pentas Di Raja...

DYMM memerhatikan info-info JKSPk yang sentiasa up to date...

DYMM juga tidak ketinggalan menandatangani buku lawatan seterusnya beraksi di Dewan Mahkamah Tapah

Keratan akhbar....

Kumpulan Soutul A'dalah JKSPk juga tidak ketinggalan memeriahkan suasana

Kumpulan PERKUSIGATRA dijemput khas menjayakan persembahan undangan... gamelan & nasyid

Suasana MRS Tapah

Serikandi JKSPk

Aksi Soutul Adalah setelah selesai persembahan

Peguam2 Syarie yang turut hadir memeriahkan majlis

Ruang legar yang mesra alam

Semoga masyarakat mampu manfaatkan sebaiknya MRS Tapah sebagai pemudahcara

Lobi utama yang luas, kemas dan berinformasi

Sudut Info 5S yang memaparkan aktiviti wargakerja MRS Tapah

Selesa buat semua tetamu yang hadir

Raptai akhir sehari sebelum majlis oleh Kumpulan PERKUSIGATRA

Begitu juga penasyid JKSPk Kumpulan Soutul adalah semasa raptai akhir

Barisan Penolong & Pembantu Pendaftar yang menjadi nadi keberhasilan pengurusan kes-kes di Mahkamah Syariah Perak

DYMM semasa keberangkatan tiba di MRS Tapah

Jawatankuasa Pameran yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti yang diarancang... Tahniah buat Tn Mohd Ghazali dan asosiasinya...

Pegawai-Pegawai Syariah JKSPk