Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal.
Untuk melakukan perkara yang “perlu” dibuat walaupun kita tidak “suka” membuatnya, menagih ketabahan, keberanian dan istiqamah (konsisten). Ini semua seolah-olah “menyeksa” diri sendiri. No pain, no gain – tidak ada “kesakitan”, tidak ada ganjaran. Berakit-rakit ke hulu, berenang-berang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Begitu yang dipesan sejak dulu. Justeru, untuk berjaya “mujahadah” itu adalah wajib.-PMJ
Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga atas limpahan kurnia dan rahmatNYA... perancangan yang ditempa, laluan yg diduga, ketabahan yang ditimba sekian lama akhirnya memberikan natijah yang tidak diduga. Berkat kerjasama berpasukan yang telah lahir sejak dahulu lagi menyaksikan satu kejayaan yang sangat bermakna kepada kami khasnya jawatankuasa pelaksana KARNIVAL MAHABBAH versi 1.0
tidak mampu diluahkan dengan kata-kata, hanya ilustrasi digital yg mampu membuka tafsiran erti sebuah perjuangan yang BERJAYA...Alhamdulillah... Terima kasih yang tidak terhingga buat semua barisan pelaksana yg gigih menyatukan idea dan tenaga, gabungan penaja yang mampu merealisasikan impian minda, penyatuan Jabatan-jabatan lain yg sudi menghulurkan jalinan kerjasama serta kepercayaan yang tidak berbelah bagi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak khasnya membolehkan kami mengatur dan melaksanakan perancangan berkualiti...
Berikut adalah gambar2 kenangan yg menjadi titik tolak JKSPk mampu menggugah kejayaan demi kejayaan selepas ini...nantikan
No comments:
Post a Comment