Sunday, September 18, 2011

MRS Tapah Juara!!!! Tahniah buat semua

Ipoh, 9 September 2011 bertempat di Dewan Serbaguna Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak telah diadakan sambutan Eidulfitri peringkat Negeri Perak. Sambutan perayaan tahun ini adalah gabungan JKSPk bersama Badan Kebajikan dan Sukan Mahkamah Syariah (BAKMAS) yang mana buat julung kalinya disambut dengan pendekatan yang berbeza.

Barisan Exco BAKMAS yang baru dilantik memainkan peranan utama didalam merealisasikan sambutan ini. Pendekatan melalui pertandingan booth MRS Daerah merancakkan lagi persaingan dengan pelbagai idea, konsep dan menu yang berbeza didalam mewarnai suasana sambutan Hari Raya Eidulfitri kali ini.

Terima kasih kepada semua MRS Daerah yang mengambil bahagian dan pihak Jabatan yang sentiasa menyokong pendekatan dan kelainan dari masa ke semasa. Sekalung tahniah buat wargakerja MRS TAPAH kerana muncul juara sulung bagi program ini. Tema Arabian Night dan menu timur tengah nyata menjadi tarikan dan memikat perhatian pengunjung terutamanya juri yang mengadili persembahan, rasa dan kreativiti yang ditampilkan. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin MRS Tapah terus memacu kejayaan demi kejayaan...
TAHNIAH....


Tahniah MRS Tapah dengan pesona Arabian Booth yang memukau.... kenangan bersama terpahat diingatan...

No comments:

Post a Comment