KATA-KATA ALUAN
Y.A.A.
KETUA HAKIM SYARIE
Bismillahirrahmanirrahim
Bersyukur
kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat sama-sama
kita menjayakan Majlis Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010 . Syabas dan tahniah saya ucapkan
kepada semua penerima-penerima anugerah pada tahun ini. Khidmat dan bakti yang
kalian sumbangkan amatlah dihargai oleh Jabatan. Pun begitu, bagi yang tidak terpilih, marilah kita sama-sama mengembleng
tenaga dan berganding upaya untuk meningkatkan lagi nilai tambah jabatan kita.
Sepanjang tahun 2010 dan 2011, pelbagai kejayaan
telah dapat kita capai. Bermula dengan persijilan MS 1900:2005 ( kepatuhan
Syariah ) dan akreaditasi ISO
9001:2008, juara Sukan Mahkamah Syariah
Seluruh Malaysia hinggalah ke persijilan
Amalan Persekitaran Berkualiti 5S oleh MAMPU. Kesemua kejayaan ini tidak dapat
dicapai tanpa komitmen dan pengemblengan daya dari semua pihak. Saya amat-amat
berterima kasih atasnya.
Dalam usaha menjadi sebuah Institusi Kehakiman yang
berwibawa, pemerkasaan dan pengukuhan 3P bagi sebuah organisasi perlulah diberi
tumpuan. 3P tersebut ialah people
(Manusia iaitu tenaga kerja ), Process
(proses iaitu tanggungjawab kerja) dan Purpose
(matlamat iaitu hala tuju jabatan).
Ketiga–tiga P ini adalah merupakan tonggak utama kejayaan
sesebuah organisasi. Dan diantara ketiga-tiganya factor People adalah paling penting. Ini adalah kerana Faktor tenaga
kerja (people) yang
bertanggungjawab untuk menggerakkan atau melaksanakan kerja/proses (proses) untuk mencapai halatuju (Purpose)
sesebuah.
Maka,
adalah menjadi harapan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak agar kita semua
dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berintegriti
terutamanya dalam melaksanakan peranannya sebagai tempat menegakkan keadilan.
Akhir
kata, saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan Majlis ini . Semua bakti kalian akan dibalas Tuhan.
SETITIS
TINTA, SEULAS BICARA
Y.B. Dato’ Seri Abdul Rahman bin
Hashim,
S.P.M.P., D.P.C.M.,
P.C.M.
Segala puji dan syukur kepada
Tuhan yang maha pengasih atas rahmat serta hidayahNya mempertemukan kita dalam
meneruskan komitmen bagi mengukuhkan refleksi dan inspirasi diri. Selawat dan
salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat
baginda.
Terima kasih diatas kesudian
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak mengundang saya merasmikan Majlis
Anugerah Khidmat Cemerlang bagi tahun 2010. Sudah pasti dari tahun ke tahun
kita mendepani realiti baru dunia perundangan yang pantas berubah dan berkembang.
Tahniah diucapkan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak melalui
pelbagai pencapaian yang membanggakan khasnya kepada penerima-penerima anugerah
kali ini. Sudah pasti sumbangan khidmat bakti wargakerja JKSPk amatlah ditagih
bagi memperkasakan lagi pengurusan dan pentadbiran Kehakiman Syariah.
Penghargaan juga kepada semua wargakerja JKSPk yang bersemangat serta
merealisasikan aspirasi jabatan ini.
Umat Islam masakini tidak memerlukan pembaharuan dari segi
prinsip (akidah), hukum hakam (kecuali dalam perkara-perkara baru), tetapi apa
yang lebih diperlukan ialah pembaharuan dalam kaedah penyampaiannya agar lebih
signifikan dan relevan dengan cabaran terkini khasnya yang berkaitan selok
belok perundangan Syariah. Kita tidak menghadapi banyak masalah dalam soal prinsip
tetapi cabaran sebenarnya ialah soal pendekatan. Perlu satu anjakan paradigma
dalam usaha pendekatan Islam kepada umat Islam sendiri dan juga kepada bukan
Islam. Kaedah itu merangkumi soal mesej, medium penyampaian, pendekatan dan
keutamaan yang dinyatakan.
Saya menyeru kepada semua wargakerja JKSPk agar sentiasa
bermaklumat, berpengetahuan dan aktif menyahut seruan jabatan kerana pelbagai
cabaran bakal menghambat jika kita tidak bersedia dari segi fizikal dan mental.
Pegawai-pegawai Syariah juga diharap mampu mengadunkan satu kombinasi usaha
yang cukup padu sebagai merealisasikan manifestasi tanggungjawab menjalankan tugas dalam menagih komitmen dan
pengertian serius masyarakat.
Akhir kata saya berharap pencapaian yang digarap ini mampu
dipertahankan malahan kualitinya dari masa ke semasa dipertingkatkan. Semoga
segala visi dan misi yang dirancang dan diusahakan membuahkan hasil dan dapat
dinikmati oleh semua kakitangan dan masyarakat khasnya di Negeri Perak.
PENERIMA
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010
Puan Multazimah bt. Rafie
Pegawai Syariah
LS41,
Jabatan
Kehakiman Syariah Perak.
Puan Wan
Aison bt. Alang Ahmad
Penolong
Pegawai Tadbir N32,
Jabatan
Kehakiman Syariah Perak.
Puan
Fatimah bt. Osman
Pembantu
Tadbir (Kew) W22 (KUP),
Mahkamah
Rendah Syariah Parit Buntar.
Encik
Mohd. Faisarizan bin Hashim
Pembantu
Syariah LS17,
Jabatan Kehakiman
Syariah Perak.
Encik
Mohamad Haidir bin Hassan Suhili,
Pembantu
Syariah LS17,
Mahkamah
Rendah Syariah Kuala Kangsar.
Encik Ahmad Kamal bin Rustam
Affendi
Pembantu Perpustakaan S17,
Jabatan
Kehakiman Syariah Perak.
Pembantu Tadbir Rendah (Bailif)
N11,
Jabatan Kehakiman Syariah Perak.Encik Abdullah Shani bin Saari
Penghantar Notis N3,
Mahkamah Rendah Syariah Parit
Buntar.
Encik
Suffian bin Abdullah Pemandu Kenderaan R3,
Jabatan Kehakiman Syariah Perak.
Encik Azizi bin Che Mud
Pembantu Am Pejabat N4,
Jabatan Kehakiman Syariah
Perak.
PENERIMA
SIJIL PENGHARGAAN 2010
1.
Y.A Tn. Hj Ab. Rahman Thobroni bin
Mohd. Mansor,
Hakim,
Mahkamah
Rendah Syariah Ipoh.
2.
Y.A Tn. Mohammad Taifor bin Ahmad
Rusdi,
Hakim,
Mahkamah
Rendah Syariah Seri Iskandar.
3.
Tn. Mohd. Ridzuan bin Haji Yusof,
Hakim,
Mahkamah
Rendah Syariah Tapah.
4.
Pn. Siti Norlaili bt. Syed Ali,
Pegawai
Syariah LS41,
Jabatan
Kehakiman Syariah Perak.
5.
En. Suhaili bin Ishak,
Penolong
Pegawai Syariah LS27,
Mahkamah
Rendah Syariah Tapah.
6.
Pn. Rohana bt. Samsudin,
Pembantu
Syariah LS22,
Jabatan
Kehakiman Syariah Perak.
7.
Pn. Khamisah bt. Mohamed,
Pembantu
Setiausaha Pejabat N22,
Jabatan
Kehakiman Syariah Perak.
8.
Pn. Malawati bt. Zailani,
Pembantu
Syariah LS17,
Mahkamah
Rendah Syariah Tapah.
9.
Pn. Wassa’adah bt. Abu Bakar,,
Pembantu
Tadbir (Kew)W22 (KUP),
Mahkamah
Rendah Syariah Kuala Kangsar.
10.
En. Suliman bin Ali,
Pembantu
Tadbir N17,
Mahkamah
Rendah Syariah Parit Buntar.
11.
En. Mohd. Rafi bin Ali,
Penghantar
Notis N12(KUP),
Jabatan
Kehakiman Syariah Perak.
12.
En. Mokhtar bin Shaari,
Penghantar
Notis N3,
Mahkamah
Rendah Syariah Tapah.
MUARA
NURANI
v Dalam
hidup, kita sentiasa berdepan dengan dua perkara. Pertama, perkara yang perlu
kita lakukan. Kedua, perkara yang suka kita lakukan, Biasanya perkara yang
perlu kita lakukan adalah perkara yang tidak suka kita lakukan. Dan perkara
yang kita suka lakukan adalah perkara yang tidak perlu kita lakukan.
v Dalam
hidup, untuk berjaya dan bahagia kita perlu melakukan perubahan. Kita perlu
keluar daripada “zon selesa” menuju “zon mencabar” kerana di zon yang mencabar
itulah letaknya kemajuan, perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita.
Zon selesa ialah keadaan yang kita berada sekarang, sementara zon mencabar
ialah keadaan yang kita inginkan pada masa depan.
v Hidup
bukanlah satu pertandingan, tetapi satu perkongsian. Teruskan dengan
perkongsian ilmu, iman dan kebajikan. Ikhlas itu menjadi keutamaan. Memberi
bukan untuk menerima. Berjuang bukan kerana nama
v Kata
bijak pandai, kehidupan umpama satu pelayaran. Cubaan dan ujiannya umpama
gelombang yang sangat menggerunkan. Oleh sebab itu bahtera kehidupan mesti
kukuh. Kemudinya mesti ampuh. Jika boleh diumpamakan bahtera itu diri kita,
maka kemudinya ialah iman. Kita tidak akan gusar betapapun hebatnya gelombang,
jika kemudi di tangan mampu mengawalnya.
v Orang
yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah manakala orang yang gagal
berubah hanya apabila terpaksa!
v Jagalah
hati agar sentiasa lurus dan tulus. Jagalah perlakuan agar sentiasa diikat oleh
syariat
v Kalau
syaitan dan nafsu belum diperangi, jangan berani memerangi orang lain.
Kecundang kita, buruk padahnya. Terhina di dunia, terhina di akhirat
v Lihat
pada apa yang ada, barulah kita bersyukur. Jangan dikenang apa yang tiada,
nanti kita kufur….
Dari Meja KP
Tanggar cita
menggugah jaya..
No comments:
Post a Comment