Monday, November 1, 2010

Bengkel Auditan 5S

Seri Manjung bertempat di MRS Seri Manjung telah diadakan taklimat dan bengkel kepada semua auditor 5S yang terpilih pada 25 hingga 27 Oktober 2010. Jawatankuasa 5S mengucapkan tahniah kepada auditor-auditor yang telah dilantik dan diharapkan mampu berinteraksi dan bekerjasama membangunkan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak melangkah jauh kehadapan.

Sasaran jawatankuasa 5S untuk memperolehi sijil perakuan tersebut pada Disember 2010 pasti tercapai dengan komitmen padu dari semua pihak khasnya warga kerja JKSPk. Semoga usaha2 ini mampu meletakkan JKSPk bersaing dengan jabatan-jabatan lain dalam membangunkan Perak Amanjaya ke mercunya.

Berikut adalah senarai nama Auditor 5S terpilih yang telah diperakukan oleh jabatan. Jawatankuasa 5S mengucapkan sekalung Tahniah kepada mereka.

SENARAI JAWATANKUASA & AUDITOR 5S

Pengerusi
Tuan Mohd Taifor Ahmad Rusdi

Timbalan Pengerusi
Cik Puan Multazimah Rafie

Penyelaras
Tuan Mohd Ridzuan Yusof

Unit Latihan
Puan Siti Norlaili

Publisiti
Cik Puan Zuraidah bt Idris

Ketua Auditor
Tuan Azman b Saad

Timbalan Ketua Auditor
Tuan Mohd Hairuddin Nizam

Auditor JKSPk
Tuan Haji Abdul Wahab
En Mohd Asri Salleh
Puan Faizah (Pentadbiran tingkat 3)
Puan Izwani Salfinaz

 Auditor didedahkan dengan skill dan teknik audit secara efektif


Walaupun sibuk dengan tugasan hakiki, barisan auditor tetap fokus dengan perlaksanaan 5S ini


Praktikal terhadap pemahaman dan perbincangan diterjemahkan di pra audit 5S di MRS Seri Manjung


Segenap ruang diterjah oleh auditor... jadi sila berhati2


Audit bukan bertumpu didalam pejabat sahaja, tetapi kawasan persekitaran juga diambil kira untuk dinilai


Ketua auditor sedang khusyuk meneliti kriteria2 yang telah dipersetujui bersama... berapa markah nak bagi nih...


MRS Seri Manjung.... memberikan contoh kawasan persekitaran yang selesa dan sedap mata memandang


Hmmm slogan siapakah yang terpilih menghiasi kawasan MRS Negeri Perak... dengar2 tuan empunyadari MRS Tapah.....


Pengawal keselamatan juga tidak terkecuali diaudit... pondok keselamatan, kemudahan dan sekitarnya...


Barisan auditor mengelilingi persekitaran MRS Seri Manjung


Saliran, kebersihan, keindahan dan keselesaan menjadi fokus utama auditor


Ruang kerja individu juga turut dinilai


Kawasan pantry selalunya kurang dititik beratkan oleh wargakerja... ia mampu menjejaskan markah keseluruhan zon dinilai...

No comments:

Post a Comment