Sunday, November 28, 2010

Sekitar Pertandingan Boling Piala Ketua Hakim Syarie

Armada Square - Lumut, telah diadakan Pertandingan Boling Piala Ketua Hakim Syarie 2010 pada 27 Nov 2010. Pertandingan yang dianjurkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Seri Manjung dengan kerjasama Badan Kebajikan dan Sukan Mahkamah (BAKMAS) telah dianjurkan dengan baik dan lancar. Pertandingan yang mempertaruhkan kehandalan 15 pasukan bagi merebut Piala Ketua Hakim Syarie ini meriah dengan kehadiran wakil2 Mahkamah daerah beserta ahli keluarga masing-masing menjadikan suasana pertandingan penuh sesak dan meriah.


Perasmian telah disempurnakan oleh Y.A.A Dato Haji Abdul Aziz dengan kata-kata aluan seterusnya membuka balingan bagi memulakan pertandingan. Selain dari itu juga Y.A Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi tidak ketinggalan menyertai pertandingan ini bagi memeriahkan pertandingan dan menyerikan suasana. Sesungguhnya komitmen pegawai-pegawai atasan memberi semangat kepada semua peserta bersaing dengan susana yang sihat dan bergembira. Selain dari itu, penganjuran pertandingan ini merapatkan ikatan silaturrahmi sesama sendiri dan sesama ahli keluarga warga JKSPk.


Seperti yang telah diduga Pasukan Pentadbiran masih mengungguli dan mempertahankan Piala Ketua Hakim Syarie 2 tahun berturut-turut yang mana peserta2 handalan mereka dibarisi oleh Puan Zakiah, Puan Fauziasha, Puan Rokiah dan En Rizar mempamerkan konsistensi permainan sehingga tamat permainan. Bagi kejohanan kali ini pasukan juara disaingi dengan sengit oleh Pasukan Mahkamah Tinggi yang menduduki tempat kedua dan dibarisi oleh peserta-peserta yang bersemangat iaitu En Wan Razaki, En Rafi, En Hadi dan Puan siti Norlaili. Manakala dikedudukan ketiga Mahkamah Rendah Syariah Gerik masih mengekalkan kedudukan mereka seperti tahun sebelumnya. Pasukan ini nampak begitu bersahaja dan terus memberi saingan kepada pasukan-pasukan lain. Tempat keempat dihuni oleh pasukan Mahkamah Rendah Syariah Tapah yang kembali bangkit pada permainan terakhir bagi memintas pasukan-pasukan lain yang nampak konsisten sebelum itu.

Bagi kategori perseorangan lelaki, En Wan Razaki muncul sebagai pemenang dengan pencapaian Hi Series dan jatuhan pin terbanyak didalam pertandingan kali ini. Bagi kategori wanita seperti yang diduga tidak lain dan tidak bukan Puan Zakiah mendominasi pencapaian Hi Series dan jatuhan pin terbaik. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang-pemenang yang hebat belaka. Insyaallah dipertandingan akan datang pastinya saingan sengit kembali terbuka bagi pasukan-pasukan lain merampas kejuaraan ini. Sekalung tahniah juga buat penganjur Wargakerja Mahkamah Rendah Syariah Seri Manjung yang telah mengendalikan pertandingan ini dengan baik. Masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki dan diberi penambahbaikan dari segi penganjuran... Apapun anda telah melakukan tugasan dengan baik sekali... Kepada semua warga JKSPk yang mengambil bahagian, syabas dan tahniah kerana  komitmen kalian memberikan laluan kepada perancangan yang diatur mencapai objektifnya.

 Suasana meriah di Pusat Boling Armada Square

 Kaunter pendaftaran sesak dengan kehadiran peserta2 dari semua daerah


Tuan Haji Jazman (HMRS Seri Manjung) memerhatikan gelagat para peserta dan ahli keluarga masing2 yang turun memberikan sokongan padu..


Mujurlah Cik Puan Multazimah sempat menjamu selera sebelum balingan bermula... mujur berhasil, kalo dia xsempat b.fast time tu sure MRS Tapah tertinggal jauh kebelakang... terima kasih akak kedai yg mengadakan makanan utk Cik Puan Izie... 


Tn Hj Jazman merangkap tuan rumah berucap sambil mengalu2kan kehadiran peserta2 pertandingan


Nampak je kecik.... dia punya selera boleh bikin tokei cafe senyum panjang. tahniah Cik Mek yang berjaya membawa pulang hadiah!!!!


 Ketua Hakim Syarie Dato Hj Abd Aziz berucap seterusnya merasmikan pertandingan....


Gambar diperolehi daripada : Tuan Mohd Esham HMRS Seri Iskandar

No comments:

Post a Comment