Thursday, November 25, 2010

Kursus Pemantapan Teknikal Hakim-Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak

Lumut, bertempat di Coral Fishing Chalet Resort, Marina Island pada 25 hingga 26 November 2010 telah diadakan Kursus Pemantapan Teknikal dan Undang-Undang bagi menyambung siri terdahulu yang telah diadakan pada 22 hingga 24 Julai 2010 di Taiping Golf Resort. Program ini telah dihadiri oleh Ketua Hakim Syarie, Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Syariah, Pegawai Penyelidik, Pegawai dari Bahagian sokongan Keluarga dan Pegawai dari Jabatan Bantuan Guaman.

Bengkel ini telah dimulakan dengan pembentangan minit mesyuarat yang lalu dan pengesahan bagi perkara2 yang telah dibincangkan pada siri yang lalu dan kemudiannya diteruskan dengan perbincangan ilmiah berdasarkan perundangan yang melibatkan Arahan Amalan Ketua Hakim Syarie Perak terkini, perancangan berkenaan pengwujudan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Perak yang akan dibentangkan di DUN bagi mendapat kelulusan sebagai salah satu lagi penambahan kepada Enakmen yang sedia ada serta isu2 terkini dan berbangkit berkaitan pentadbiran kehakiman semasa.

Antara Arahan Amalan Ketua Hakim Syarie yang akan dipakai dan terpakai adalah :

  • Kes Pertukaran Agama s.46 Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 diklasifikasikan sebagai Kes Permohonan dan hendaklah difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah
  • Menerimapakai kes Fasakh s.53 Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 dibawah bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah dan hendaklah difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah 
  • Menerimapakai kes Li'an s.51 Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 dibawah bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah dan hendaklah difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah 
  • Menerimapakai kes Wali Adhal  s.13 (b) Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 dibawah bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah dan hendaklah difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah 
  • Proses Istitabah bagi kes pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam mengikut s.50(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak (2004). Pihak berwajib seperti MAIPk atau JAIPk dan lain-lain badan dakwah memberikan kerjasama menyelamatkan aqidah dan menyediakan tempat pemulihan aqidah.
  • Menerimapakai arahan berhubung melengkapkan pliding termasuklah ikatan dokumen, isu yang dipersetujui dan isu yang dipertikaikan. Pihak2 sama ada diwakili peguam atau tidak hendaklah melengkapkan pliding tersebut sebelum perbicaraan bermula.
  • Menerimapakai arahan berhubung kes bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah yang mendapat persetujuan dan penyelesaian di Mahkamah Rendah Syariah hendaklah fail kes tersebut dirafa'kan ke Mahkamah Tinggi Syariah dan diendorskan serta ditandatangani oleh Hakim Mahkamah Tinggi.
  • Menerimapakai arahan berhubung kes perceraian Ta'liq s.50 Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 tidak boleh dirayu ke Mahkamah Tinggi  Syariah.
Arahan Amalan ini mula berkuatkuasa pada 1 DISEMBER 2010

Peserta bengkel memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dan perkara yang dibincangkan

Tuan Azman membentangkan cadangan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Perak

Peserta bengkel yang hyper active....

Perbincangan pelbagai hala... diskusi, rekod, endors dan amal....

Lokasi yang aman dan agak selesa untuk bengkel percambahan minda

Sambil menyelam minum air, sambil berbengkel sempat mengail...
ikan gelama mampu ditawan, 
tapi sayang si anak ikan, 
cuba lagi mencari umpan, 
dapat yg gedabak untung badan...


Perbincangan yang menyatukan idea dan ilmu


 Y.A.A Dato mempengerusikan bengkel diskusi perundangan

Satu per satu isu dibahaskan dengan berkesan

Ahli keluarga dengan aktiviti masing2 dilokasi penginapan

Suasana damai di sekitar penginapan

Jeti mini diwujudkan bagi memudahkan RCJ (Rakan Cinta Joran a.k.a pemancing) bersantai

Menikmati juadah yang disediakan dengan khusyuk dan penuh perasaan

 Dah pekena sepinggan nak mintak tambah lagi 2 pinggan...



No comments:

Post a Comment