Monday, November 15, 2010

Taklimat Pengungsian Bangunan (evacuation drill) dr Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Perak

Jumaat, 12 November 2010 bertempat di Dewan Bankuet JKSPk telah berlangsung taklimat keselamatan yang dianjurkan oleh pihak jabatan kepada semua staff mahkamah di seluruh Negeri Perak.  Taklimat tersebut telah dihadiri oleh hampir keseluruhan kakitangan daripada Mahkamah2 daerah. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh PBK II Mohd Asri Bin Mohd Ariff. Ianya telah memberi pendedahan tentang kaedah-kaedah yang mesti diikuti dan dipatuhi oleh warga JKSPk sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran, gempa bumi dan sebagainya. Taklimat ini juga menjelaskan kepada keperluan penubuhan Jawatankuasa Bertindak bagi setiap MRS yang perlu ditubuhkan di daerah2 dalam masa terdekat. Peranan dan tanggungjawab jawatankuasa bertindak tersebut juga telah dinyatakan dengan jelasnya. Jumlah mangsa terkorban akan meningkat selagi tidak diambil langkah-langkah yang positif dan proaktif bagi mengelakkan kejadian mangsa terperangkap ketika kebakaran.

Fakta penting ketika taklimat keselamatan

LIF
Jangan sekali-kali menggunakan lif semasa kebakaran kerana kemungkinan besar ianya tidak boleh digunakan. Sekiranya lif  berhenti di tingkat yang terbakar, asap dan haba akan memasuki ruang lif dan mungkin terbunuh. Selain itu, mungkin mangsa boleh terperangkap didalam lif disebabkan oleh bekalan elektrik terputus.Kita hendaklah menggunakan tangga kerana ianya selamat. Tangga kecemasan direka bentuk untuk melindungi penghuni-penghuni ketika melepaskan diri semasa kebakaran.


TINDAKAN JIKA TERPERANGKAP
Sekiranya asap atau api menghalang laluan kecemasan , pintu serta tempat-tempat yang terbuka hendaklah ditutup bagi menghalang kemasukan api.Sekiranya kita berada di tingkat dua atau lebih maka jangan sekali-kali terjun ke bawah melalui tingkap. Hubungilah pihak bomba dengan segera. Maklumkan kedudukan anda kepada pengawai bilik kawalan balai bomba. Jangan letakkan telefon sehingga mendapat kebenaran daripada pengawai bilik kawalan bomba.

Cuba dapatkan perhatian pasukan bomba dengan mengibarkan sehelai kain putih atau mengunakan cahaya lampu picit bagi mendapatkan perhatian. Sekiranya tingkap boleh dibuka, buka sedikit di bahagian atas dan bahagian bawahnya. Dengan berbuat demikian udara bersih akan masuk melalui bawah dan asap akan keluar melalui bahagian atas tingkap yang telah di buka. Janga pecahkan tingkap. Jika asap masuk ke dalam bilik, tutup tingkap dengan segera.

KETAHUI KE ARAH MANA HENDAK DITUJU
Dalam sesetengah bangunan yang tinggi, tindakan paling selamat apabila terdengar loceng keselamatan berbunyi adalah dengan menunggu didalam pangsapuri anda sehingga pasukan Bomba sampai. Namun begitu, terdapat bangunan yang mempunyai pelan pengungsian bangunan yang memerlukan anda untuk pergi dan berkumpul ditempat yang selamat (safe zone) sehingga ketibaan pasukan bomba untuk mengawal tindakan pengungsian bangunan.

Adakan perbincangan dengan pihak pengurusan bangunan ataupun dengan Jabatan Bomba berhubung dengan perkara ini supaya anda tahu cara untuk bertindak lebih awal.Pihak pengurusan bangunan anda mesti menampal pelan pengungsian bangunan pada tempat-tempat yang mudah dilihat oleh semua penghuni bangunan.

JIKA LOCENG PENGERA KECEMASAN BERBUNYI
Bagi bangunan yang dilengkapi dengan penggera kebakaran, sekiranya anda terdengar loceng penggera kecemasan berbunyi di bangunan anda, patuhi arahan-arahan tersebut dan anda mungkin dimaklumkan supaya tidak panik.

  • Bergerak secara berhati-hati dengan memeriksa kepanasan setiap pintu yang anda temui serta kadar asap diruang tangga dan koridor. Sekiranya terdapat asap,cari jalan keluar yang lain.
  • Sekiranya anda gagal menemui jalan keluar yang lain, kembali semula ke bilik asal anda. Lindungilah diri anda daripada asap dan tunggu sehingga anda diselamatkan.
  • Semasa anda keluar, pastikan semua pintu di belakang anda di tutup bagi mengelakkan asap atau api merebak.
Kerja menyelamat mangsa di bangunan tinggi mungkin mengambil masa yang agak lama. Oleh itu, anda perlu tenang dan bersabar. Apa yang paling penting JANGAN PANIK!!!!

SENTIASA BERSEDIA

  • Biasakan diri anda dengan bunyi loceng kecemasan bangunan anda.
  • Kenalpasti kedudukan loceng kecemasan dibangunan serta cara untuk menggunakannya.
  • Ketahui sekurang-kurangnya dua jalan keluar untuk melepaskan diri termasuk tingkap-tingkap serta biasakan diri anda dengan semua jalan keluar.
  • Ketahui jalan terdekat menuju jalan pelepasan diri supaya anda mudah mencarinya walaupun dalam keadaan gelap.
  • Pilh satu tempat untuk berkumpul diluar bangunan supaya anda dan semua ahli keluarga berkumpul selepas keluar.


 Taklimat bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari bagi teori dan praktikal


Antara risalah2 yang diedarkan oleh pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat kepada peserta

Peserta2 khusyuk tiada tara.... fokus dan respon

Selain taklimat, tayangan video juga diadakan bagi memberi gambaran sebenar

Barisan Hakim juga tidak ketinggalan mengambil peluang menghadiri taklimat yang diadakan

Tuan Mohd Esham menyampaikan cenderahati bagi pihak Jabatan kepada penceramah

Latihan secara praktikal juga diadakan bagi memberi pendedahan kepada semua peserta


Penerangan ringkas disampaikan kepada peserta sebelum latihan amali

Bertungkus lumus Tuan Muhamad Faizal memadamkan api.... padam ke? he he

Peserta wanita juga mengambil kesempatan mencuba latihan pemadaman api ini.. Cik Nor Hidayah dari pentadbiran kewangan tingkat 3.

No comments:

Post a Comment