Sunday, November 7, 2010

Hari Bertemu Pelanggan Mahkamah Rendah Syariah Tapah


 








Khas buat semua masyarakat yang berada di Daerah Batang Padang. Kami bersedia menawarkan khidmat nasihat perundangan, info-info terkini, menyelesaikan segala permasalahan semasa berurusan di MRS Tapah, menerima cadangan dan memberi peluang kepada semua masyarakat mengenali fungsi dan pentadbiran Mahkamah Rendah Syariah Tapah beroperasi.

Selain dari itu kaunter-kaunter perkhidmatan dan pertanyaan dibuka untuk kemudahan pengunjung mendapatkan info dengan sejelasnya yang melibatkan kaunter pengurusan Mahkamah sendiri, Bahagian Sokongan Keluarga dan Jabatan Bantuan Guaman bersedia membantu anda dalam apa jua masalah yang berkaitan dengan pentadbiran perundangan Syariah.

Tarikh : 9 November 2010

Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang

Tempat : Perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Tapah

OBJEKTIF
1. Menjadikan program MRS bersama pelanggan sebagai langkah mewujudkan budaya layanan mesra pelanggan di JKSPk.
2. Menjadikan pengaduan dan cadangan pelanggan sebagai input untuk perancangan dan penilaian program JKSPk yang sedia ada untuk penambahbaikan.
3. Memberi peluang kepada orang ramai dan penjawat awam mendapat maklumat secara terus.

PANDUAN AKTIVITI
1. Taklimat mengenai permasalahan yang boleh dirujuk
2. Khidmat nasihat Urusan Pendaftaran kes
3. Khidmat nasihat Urusan Perlaksanaan Perintah
4. Khidmat nasihat Urusan Perkhidmatan Peguam
5. Khidmat nasihat Urusan Prosedur di Mahkamah Syariah
6. Pameran

FUNGSI & AKTIVITI UTAMA HARI BERTEMU PELANGGAN


Menerima dan memproses maklumbalas aduan

Perlaksanaan

·         Memproses aduan pelanggan
·         Menerima aduan melalui Sistem “face to face”
·         Membuat siasatan ke atas pihak-pihak yang terbabit.
·         Memberi maklumbalas yang sewajarnya kepada pengadu

·         Membuat analisis secara terus ke atas aduan diterima

No comments:

Post a Comment