Seri Manjung bertempat di Marina Cove Teluk Batik pada 25 hingga 27 Oktober 2010 yang lalu telah berlangsung Persidangan Pendaftar-Pendaftar Seluruh Malaysia. Program yang julung-julung kalinya diadakan ini dikelolakan sepenuhnya oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak.
Peserta-peserta program telah didedahkan dengan pelbagai pendekatan seperti diskusi, seminar, forum dan pembentangan kertas kerja daripada panel-panel jemputan bagi memperkasakan imej pendaftar Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B Dato Kapt Najmuddin Elias Alhafiz mewakili Y.A.B Menteri Besar Perak.
Semoga dengan penganjuran program ini mampu memberikan impak kepada pengurusan pentadbiran kehakiman khasnya serta menaiktaraf kualiti perkhidmatan kepada masyarakat amnya.
Pendaftar-pendaftar seluruh Malaysia berkumpul, berbincang dan berkenalan sementara menunggu vvip perasmian tiba
En Suhaili (Pen Pendaftar MRS Tapah) bertindak sebagai Pengerusi Majlis pada malam perasmian manakala En Helmi bersedia menjadi back up alternatif... (dah tak sabar nak baca doa makan....)
Lokasi penganjuran persidangan tahun 2011 sedang dibincangkan oleh peserta...
Dato Haji Abdul Aziz (Y.A.A Ketua Hakim Syarie) bersama Yang Berbahagia Tuan Haji Abd Rahim (Ketua Pendaftar JKSPk) mengiringi Y.A.B Dato Kapt Najmuddin Elias Alhafiz
Ucapan Selamat Datang buat semua delegasi dari negeri-negeri dr KP JKSPk
Ucapan bersemangat dari Y.A.A Dato KHS Perak
Y.B Dato Najmuddin menerima cenderahati dari Y.A.A dato KHS Perak
No comments:
Post a Comment